Pelakon cantik Anzalna Nasir terkilan apabila bakat melukisnya dipertikankan netizen.

Anzalna menerusi Instagramnya meluahkan rasa kesal apabila ada peminat yang menuduhnya memuat naik gambar curi daripada Internet.

"Saya nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! Sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain.

"Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap I curi!Bukan hebat mana pun kita lukis!

"Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting.

"Ada juga hati yang tak senang. Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya!," cabar Anzalna.

I nak tawarkan wanita ini hadiah lumayan! ( nak bagi duit ke nak bagi kereta ke nak bagi rumah depan KLCC? Bagi sis fikir dulu! ?) sekiranya dia dapat buktikan lukisan ini hasil tangan orang lain. Lukisan tak berapa elok macam ni pun dia nak cakap i curi! Hahahahhaahhaha bukan hebat mana pun kita lukis! Secara tiba-tiba nak melukis sementara tunggu call time shooting. Ada juga hati yang tak senang. Kena lukis gambar orang lidi agaknya baru nak percaya! Kita malas nak cakap tapi kita pernah menang melukis di Canada. Kan dah tercakap! ? Hahahahahah Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video! Penat juga hidup macam ni.. videographer i boleh letak jawatan terus! Kami tak gaduh pun cuma i juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis! ?#PastikanLukisan100%SamaBilaJumpa #MelukisMestiKenaAdaInspirasiDanRujukan #GoodLuckGirl #HadiahLumayanMenantiAnda #LOVEYOUGIRL #LepasNiMelukisKenaAmbilVideoIngatTau #Sajejerlayankan

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on



Bagi membuktikan kredibilitinya yang mampu melukis kata Anzalna, dia pernah memenangi pertandingan melukis ketika menetap di Kanada sebelum ini.

"Kita malas nak cakap tapi kita pernah menang melukis di Kanada. Kan dah tercakap!

"Kita malas la nak berlagak tapi nak bagitau juga kat awak takkan semua benda nak kena video!

"Penat juga hidup macam ni. Videographer I boleh letak jawatan terus!

"Kami tak gaduh pun cuma I juga teringin nak tengok lukisan dia cakap tu. Girl, nanti tunjukkan kat sis!" tambahnya.

Anzalna turut memuat naik gambar hasil lukisannya di entri terbabit di samping bukti perbualan salah seorang peminatnya yang mendakwa lukisan itu bukan asli.

"I tak buat fitnah. Tapi I pernah nampak art exactly dekat Instagram.

"It's ok, kalau tak percaya You suruhlah Anzalna buat video lukis sama dalam gambar itu," tulis pengguna itu.

Entri yang dimuat naik Anzalna mendapat lebih 12,000 likes dan ratusan komen hingga ada yang mula mencipta tanda pagar (hashtag) #KanDahTercakap.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @anzalnanasir88