Rozaimi Zubaidi
Fri Apr 20 2018
Pelakon popular Bollywood, Deepika Padukone dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Menurut laporan Times of India, Deepika kini sibuk melakukan persiapan untuk berkahwin bersama kekasihnya Ranveer Singh.
"Deepika kini sedang sibuk melakukan persiapan dan berbincang dengan pereka fesyen terkenal, Sabyasachi Mukherji mengenai pakaian perkahwinannya itu.
"Dia juga ingin memakai pakaian tradisional India dan beberapa design lain bagi acara perkahwinan itu.
"Deepika dan Ranveer juga mengumumkan bakal melangsungkan majlis itu pada hujung tahun ini namun belum membuat kata putus mengenai tarikh sebenar perkahwinan mereka itu.
"Mereka juga akan melangsungkan perkahwinan di salah satu tempat menarik yang terletak di Mumbai, India," kata sumber.
Sebelum ini terdapat khabar angin yang mengatakan Deepika dan Ranveer telah melangsungkan majlis itu secara tertutup di sebuah pulau di Sri Lanka.
Namun, perkara itu dinafikan oleh pihak pengurusan mereka.
Sumber: Times of India
Olehan Oleh: Rozaimi
Ruhainies Kongsi Kisah Sebenar Video Di Lapangan Terbang - "Dunia Ni Dah Terlalu Tenat & Penuh Dengan Fitnah"
Ruhainies tampil memberi penjelasan mengenai cerita sebenar di sebalik video berkenaan.
Selepas Tular Video Minta Job, Datuk Red Kini Jadi ‘Model’ Baju Raya Jakel!
Usahawan kontroversi, Datuk Red berjaya menarik perhatian ramai baru-baru ini apabila dipilih menjadi model baju raya bagi jenama tekstil popular, Jakel.
Ruhainies & Aliff Aziz Dirakam Berada Di Lapangan Terbang
Selepas beberapa ketika mendiamkan diri susulan kes tangkap khalwat, pelakon Ruhaines dilihat sedang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA1) bersama penyanyi dan dramatis Aliff Aziz.
“Bahagianya Dapat Jiran Macam Ni” - Penduduk Berbilang Kaum Turut Sama Join Vibe Raya, Siap Tolong Pasang Hiasan
Best dapat jiran sporting macam ni kan.
Abang Tesla Mahu Bantu Datuk Red Bina Perniagaan & Langsaikan Hutang - “Saya Terpanggil…”
Abang Tesla nak bantu Datuk Red.
PM Anwar Beri Bayangan Tiada 'Cuti Tambahan' Sempena Sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri memberi bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri April depan.
Datin Patimah Akui Kembali Gembira Tahun Ini - “Alhamdulillah, Saya Lebih Sihat…”
Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah Ismail mengakui kesihatannya bertambah baik sepanjang melalui bulan Ramadan pada tahun ini.
Farez Adnan Nafi Ciplak Lagu Raya Aliff Syukri – “Saya Bayar Lebih Daripada Datuk”
Kecoh baru-baru ini mengenai kes lagu raya usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang didakwa telah diciplak oleh penyanyi dan komposer lain.
Aliff Syukri Tak Puas Hati Penyanyi Lain Ciplak Lagu Raya? – “Orang Tetap Nak Dengar Suara Saya”
Usahawan sensasi, Dato Aliff Syukri meluahkan rasa tidak puas hati apabila mendakwa seorang penyanyi lain telah mencuri lagu raya nya yang berjudul Chu Ku Chuk Raya.
Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.