Anggota kumpulan nasyid Mestica dikhabarkan bakal dijadikan watak karikatur animasi untuk sebuah komik yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Komik itu difahamkan sebuah kolaborasi antara Mestica dan pelajar universiti tempatan di Puncak Alam, Selangor.

Khabar gembira itu dikongsikan Mestica menerusi akaun Instagram mereka baru-baru ini.

"Mestica bakal dijadikan komik dan animasi? Nantikan..." tulis Mestica.

Mestica bakal dijadikan komik dan animasi? Nantikan... Dan jangan lupa undi kami pada link di atas dan doakan kami supaya dapat melakukan yang terbaik di konsert minggu ke 4 #ggv2 #mestica #teammestica #gemagegarvaganza #gemagegarvaganza2 #munsyidmalaysia #nasyid #dakwahwave #astrooasis106 #astrogempak #indahdihati #gegar

A post shared by @Mestica_official (@mestica_official) on


Dalam lakaran pelukis yang menggunakan nama Miaz Artz itu, keempat-empat ahli kumpulan Mestica iaitu Razin, Khalil, Saiful dan Khairul diilustrasikan dalam versi remaja.

Perkongsian itu meraih rasa teruja peminat yang tidak sabar menantikan hasil komik tersebut.

"Jangan lupa masukkan sekali Kolej Perindu, Meranti dan Jati sekali dalam animasi. Semoga dipermudahkan," tulis salah seorang pengikut Mestica.

Apapun, jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan Mestica pada konsert keempat Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) esok.

Kumpulan Mestica bakal menyanyikan lagu Sumaiyah (nyanyian asal Hijjaz) sempena konsert bertemakan Gema Yang Dirindukan pada minggu ini.

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu keempat GGV2 bakal membawa tema Gema Yang Dirindukan dan 9 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @mestica_official