Pelakon Nelydia Senrose mengakui cincin yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini adalah pemberian daripada kekasihnya yang dikenali sebagai Hafiz.

Bagaimanapun, Nelydia menafikan bahawa dirinya sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka yang berasal dari pantai timur itu.

"Saya akui cincin yang dimuat naik baru-baru ini adalah pemberian istimewa daripada Hafiz.

"Namun pemberian cincin itu bukan bererti saya sudah bertunang ataupun telah dirisik oleh keluarganya.

"Cincin itu sekadar hadiah kepada diri saya yang diberikan oleh Hafiz.

"Hubungan kami masih diperingkat awal serta dalam fasa berkenalan dan saya berharap agar akan ada pengakhiran yang baik untuk hubungan ini.

"Saya harap agar semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan," katanya kepada Astro Gempak.

Nelydia Senrose berkata demikian ketika ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Starvilion di Royale Palace, di Royale Palace, Shah Alam, pada Khamis.

Teks Oleh: Rozaimi
Foto: Instagram