Lepas satu persatu isu body shaming dan #pahamelimpah yang telah tular di media sosial sejak Isnin lalu menjadi bertambah besar.

Terbaharu, pengkritik dan pengulas fesyen terkenal Zaihani Mohd Zain memetik individu yang bertugas sebagai pengurus aktres Rozita Che Wan menjadi punca segalanya.

Menerusi komen Zaihani di salah sebuah entri seorang pereka fesyen tempatan, pengurus Che Ta yang memulakan tindakan menularkan status Facebook peribadinya.

"Yang mulakan tu adalah manager artiste. To be precise, manager Che Ta.

"Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artiste. LOL," tulisnya.

Pada mulanya, pereka fesyen itu menyuarakan kekesalan terhadap isu yang tercetus yang berpunca daripada seorang individu yang tidak dinyatakan identitinya.

Kenyataan Zaihani menerusi komennya itu kembali mencetuskan api kemarahan apabila pelakon Rozita Che Wan sendiri memuat naik entri di Instagramnya malam tadi.

"Kata dah mohon maaf, ka mohon propa... Ish! Ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk. Luar dalam sama buruk, kedut.. Macam lace beropol," tulis Che Ta pada kapsyen entri tersebut.

Kata dah mohon maaf , ka mohon propa ... ishhhhhh ingat mulut ja jahat , qupanya hati pequt pun busuk ... luaq dalam sama buquk , qedot ... mcm lace beropol @zaihanimzain ... . #bukanberatbadan60taklehpfashionshowtapiumuq60keatastoksahdokbagipfashionshow

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on


Sepantas kilat entri yang dimuat naik Che Ta mendapat ribuan komen yang berang dengan isu yang tak berkesudahan itu.

Zaihani pada Rabu lalu telah membuat permohonan maaf secara terbuka setelah diasak oleh pelbagai pihak termasuk selebriti.

Baca: "Saya Minta Maaf" - Zaihani Zain

Kekecohan pada mulanya tercetus apabila jururunding gaya popular itu berkongsi keluhannya di Facebook mengenai adab individu yang berbadan besar yang hadir di sebuah pertunjukan fesyen hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, status itu menjadi tular di media sosial hingga dianggap sebagai tindakan prejudis terhadap individu berbadan besar yang melebihi berat 60 kilogram.

Zaihani tampil membuat pendedahan sebenar secara eksklusif kepada Astro Gempak pada Rabu lalu sebelum membuat permohonan maaf.

Baca: "Itu Keluhan Saya, Bukan Body Shaming Sesiapa" - Zaihani Zain

Keperibadian sebenar Zaihani bagaimanapun telah dibongkar oleh pereka fesyen tersohor Datuk Rizalman Ibrahim yang merupakan kenalan rapatnya semalam.

Baca: Isu Body Shaming Zaihani: Datuk Rizalman Buka Mulut, Jadi Perhatian Media Antarabangsa

Bagi yang tidak mengenali Zaihani, beliau pernah menjadi penata gaya untuk rancangan realiti Akademi Fantasia musim pertama (20013) dan AF 2014.

Malah, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @rozitachewan1, @zaihanimzain