Pelakon Amar Baharin ada sebab tersendiri untuk tidak membenarkan mereka yang orang luar menyentuh, apatah lagi mencium anak sulungnya, Aqeef Anaqi, 6 bulan.

Menurut Amar perbuatan tersebut biarpun tidak bertujuan negatif, namun secara tidak sedar boleh mendatangkan bahaya kepada bahaya kepada kesihatan bayi.

Amar, 33 tahun mengakui sebagai seorang selebriti, dia dan isteri, Amyra Rosli, 27 tahun sering berdepan dengan situasi di mana anak lelakinya itu menjadi tumpuan orang ramai yang ingin menyentuh dan mencium Aqeef.

Disebabkan itu, Amar telah membuatkan luahan secara terbuka menerusi laman Instagramnya untuk memberi kesedaran kepada orang ramai agar lebih sensitif tentang perkara tersebut.

“Kalau betulah cerita ni, inilah perbuatan yang paling tak bertimbang rasa. Kalau aku cakap B.O.D.O.H agak kasar bunyinya. But yes, siapa yang tak bertanggungjawab tu memang BODOH.

“Kalau ya pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi atau cium atau sentuh sekalipun sebab kau kena faham, baby ni antibodi belum kuat.

“Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu atau sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung???,” luahnya.

Malah kata Amar, dia sendiri tidak akan menyentuh mana-mana bayi yang ditemuinya kerana sedar akan perkara itu sekaligus mengelakkan apa-apa yang tidak diingin berlaku ke atas bayi berkenaan.

“Aku sendiri tak pernah nak sentuh mana-mana baby yang aku jumpa walaupun comel dan geram aku tengok sebab aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa-apa jadi kat baby tu.

“Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yang tak bertanggungjawab macam ni. Dan aku nak mintak maaf juga kalau aku bertindak sedikit agressif kalau aku terjumpa makhluk-makhluk macam ni kat luar sana.

“Aku berharap supaya ibu bapa di luar sana, tolong tolong tolong jaga anak-anak korang dengan baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa macam ni. Plz,”
tulisnya lagi beserta #tengokbolehsentuhjangan #bertindakpakaiotak.

kalau betul la cerita ni, ini la perbuatan yg paling tak bertimbang rasa... kalau aku ckp B.O.D.O.H agak kasar bunyinye. But yes, siapa yg tak bertanggungjawab tu memang BODOH. Kalau ye pon kau suka, geram, baby tu nampak comel, tak perlu sampai nak cubit pipi or cium or sentuh sekalipon sbb kau kena faham, baby ni antibody belum kuat. Kau ikut perasaan nafsu geram kau, cium baby tu or sentuh baby tu, sampai secara tak langsung kau sebarkan virus kat baby tu sampai sakit mcm ni, siapa yang menanggung??? Kau tak fikir ke mcm mane bersusah payah ibu dia melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dia, dengan sekelip mata baby tu menanggung kesakitan atas perbuatan bodoh kau tu??? Aku sendiri tak pernah nak sentuh mane2 baby yg aku jumpe walaupon comel dan geram aku tengok sbb aku sedar diri, sedar ruang, tak nak apa2 jadi kat baby tu. Mintak maaf, aku memang tak berkenan dengan perangai sesetengah manusia yg tak bertanggungjawab mcm ni. Dan aku nak mintak maaf jugak kalau aku bertindak sedikit aggressive kalau aku terjumpe mahluk2 mcm ni kat luar sana. Dan aku berharap supaya ibu bapa diluar sana, tolong tolong tolong jaga anak2 korang dgn baik. Jangan terlalu menjaga hati orang sampai anak korang terseksa mcm ni. Plz #tengokbolehsentuhjangan #bertindakpakaiotak

A post shared by Amar Baharin (@amarbaharin) on


Amar dan Amyra telah berkahwin pada November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 6 bulan.

Susunan oleh: Amri Hassan
Sumber: Instagram @amarbaharin, Astro Awani
Foto: @amarbaharin