Bekas isteri pengacara Ally Iskandar, Farah Lee menjadi antara enam ikon inspirasi dalam kempen terbaharu Tudung People, #MyHijabMyStory.

Selain Farah, lima ikon lain ialah aktivis kemanusiaan dan konsultan OnGyn, Dr. Fauziah Hasan, blogger fesyen, Aishah Amin, ibu berkerjaya, Dr. Syaima Halim dan muslimah kelahiran Korea Selatan, Ayana Moon.

Lebih menarik, usahawan dan pemilik jenama Tudung People sendiri, Fazrena Aziz turut menjadi antara ikon #MyHijabMyStory.

Farah Lee kini merupakan ahli perniagaan dan ibu tunggal yang pernah mendirikan rumah tangga dengan Ally Iskandar.

Bagaimanapun, mahligai yang dibina Farah dan Ally hanya berkekalan selama empat tahun selepas mereka disahkan bercerai pada Ogos 2016.

Farah dan Ally dikuniakan seorang cahaya mata, Maream Esabel, 3 tahun.

Sementara itu, sempena Aidilfitri tahun ini, Tudung People mengeluarkan empat koleksi hijab eksklusif iaitu Limited Edition Eden, Inara Bridal, Swarovski dan Dhya Embellished.

Anda boleh mendapatkan koleksi Aidilfitri Tudung People secara online di www.tudungpeople.com atau di butik dan cafe mereka di Bangi.

Jom tengok koleksi terbaharu Tudung People Eid 2018.






Inara Bridal





Limited Edition Eden







Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Tudung People