Pelakon popular, Nora Danish mengakui terkesan dengan komen netizen di media sosial terhadap anaknya sehingga dia berasa sedih.

Katanya, sebelum ini dia banyak melihat rakan selebiriti lain terkena dengan komen netizen yang melemparkan kata kesat pada anak mereka dan Nora hanya melihat dan tumpang berasa sedih.

"Tapi kali ini apabila terkena pada diri sendiri, Nora memang terkejut. Bagaimana bayi yang baru lahir juga menjadi mangsa komen netizen," katanya.

Tambahnya, dia juga manusia biasa terkesan dengan komen sedemikian meskipun peminat beranggapan artis sudah lali dengan komen negatif daripada netizen.

"Orang kata artis bolehlah tapi artis juga sekuat-kuat mereka yang biasa terkena tomahan, pada satu tahap mereka menangis juga.

"Suami bertanya kenapa menangis kerana ini adalah perkara biasa tapi dia ajar saya untuk bersabar dan menganggap ini perkara biasa," katanya.

Ujarnya, dia sedih sebab isu ini hanya 2 peratus daripada komen netizen di media sosial tapi segelintir media atau blogger menjadikan ia sebagai bahan berita.

"Walaupun sebenarnya niat mereka baik tapi saya tak mahu perkara ini berterusan kerana ia membuatkan orang lain tahu mengenai netizen yang berkata begitu.

"Saya berharap media membantu selebriti dalam kempen anti buli siber baru-baru ini," katanya.

Nora ditemubual media selepas melancarkan bisnes salon kecantikan, Karva di Desa Pandan, Kuala Lumpur yang memfokuskan rawatan kecantikan untuk golongan wanita khususnya muslimah.

Nora memberitahu, hanya peminat yang membuka akaun media sosial anaknya sebaliknya Nora memberikan anaknya untuk menentukan akaun media sosial sendiri pada masa akan datang.

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: Astro Gempak