Kim Kardashian Berang, Khloe Dicurang Kekasih Ketika Hamil

19 April 2018. 2.39 PM
2,048
Hiburan
Kim Kardashian Berang, Khloe Dicurang Kekasih Ketika Hamil
Bintang realiti TV, Kim Kardashian meluahkan rasa kesal apabila adiknya, Khloe dicurangi kekasihnya ketika sedang hamil.

Menurut laporan Ace Showbiz, tindakan yang dilakukan oleh kekasih adiknya, Tristan Thompson dilihat seolah-oleh mencalarkan imej keluarga mereka.

"Kim memberikan kata putus kepada adiknya sama ada memilih kekasihnya itu ataupun keluarga mereka.

"Kim juga meluahkan rasa marahnya apabila sikap Tristan yang curang terhadap adiknya ketika dia sedang hamil adalah tindakan yang melampau.

"Tristan juga dikatakan telah memburukkan imej keluarga Kardashian kerana kontroversi yang melanda ini.

"Sebagai seorang kakak Kim juga tidak kisah adiknya berpisah dengan Tristan selepas ini walaupun mereka telah mempunyai anak bersama," kata sumber.

Sebelum ini, Khloe Kardashian selamat melahirkan anaknya, True Thompson pada 13 April lalu.

Terdahulu, pasangan ini menjadi kontroversi apabila Tristan didapati curang tahun lalu ketika usia kandungan Khloe mencecah tiga bulan.

Sumber: Ace Showbiz

Olahan Oleh: Rozaimi

Artikel Berkaitan