Selepas sukses dengan single pertama yang berjudul Yang Terindah, pelawak Achey kini muncul dengan lagu terbaru yang berjudul Makcik Bawang.

Berbeza dengan single pertama yang mempertaruhkan irama balada, Achey menukar haluan muzik dalam single kedua dan menunjukkan kebolehan rap.


Istimewanya, Achey menampilkan tema 'makcik bawang' yang kini menjadi bualan hangat netizen.

'Makcik bawang' yang merujuk kepada wira papan kekunci (keyboard warrior) merupakan panggilan popular yang digunakan oleh pengguna internet tempatan.

Dimuat naik di saluran YouTube Seventeen Eleven Music pada 16 April lalu, lagu tersebut kini mendapat hampir 290,000 tontonan.

Sebelum ini, lagu Yang Terindah memperkenalkan kebolehan Achey sebagai penyanyi dan meraih 21 juta tontonan di laman YouTube.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: YouTube