Rebut peluang untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,000 menerusi Cabaran Happi Susu UHT MARIGOLD yang akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611).

Sebanyak 20 kumpulan akan dipilih untuk menyertai cabaran yang bertempat di District 21 dan cuma perlu mendaftar dan memuat naik sekeping gambar bersama anak, adik, atau ahli keluarga anda.

Lengkapkan slogan kenapa anda ingin menyertai cabaran ini sekreatif mungkin bermula 29 Ogos sehigga 11 September.

Anda juga boleh menghantar video berdurasi satu minit dan beritahu mengapa layak untuk menyertai cabaran ini.

Mudah sahaja anda hanya perlu mematuhi syarat-syarat penyertaan seperti di bawah:

- Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia.

- Dua (2) peserta dalam satu kumpulan, seorang DEWASA dan seorang KANAK-KANAK.

- Kedua-dua peserta mestilah mempunyai talian kekeluargaan.

- Penjaga (Bapa / Ibu / Abang / Kakak / Sepupu) mestilah berumur 18 tahun ke atas.

- Kanak-kanak (Anak / Adik) mestilah berumur di antara 7 sehingga 9 tahun.

- Kedua-dua peserta mestilah mempunyai tahap kesihatan fizikal yang baik dan tidak takut akan aktiviti yang melibatkan tempat yang tinggi dan juga aktiviti lasak yang lain.

- Setiap penyertaan mestilah dihantar sebelum 11 September 2016, 11:59 malam.

Pemenang pertama bakal memenangi hadiah wang tunai RM 5,000, tempat kedua RM3, 000 dan wang tunai RM2,000 di tempat ketiga.