Pengkritik dan pengulas fesyen Zaihani Mohd Zain tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan kenyataan berhubung isu body shaming yang tular sejak Isnin lalu.

Zaihani berkata kepada Astro Gempak dia enggan memanjangkan isu terbabit dan memohon agar statusnya tidak disalahertikan.

"Bukan niat saya untuk menghina (body shame) sesiapa - ahli keluarga, kawan kawan atau pun followers; tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi manspreading (duduk terkangkang) yang saya alami baru-baru ini.

"Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggung jawab saya jika saya bersikap judgemental.

"Oleh itu sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana mana ahli keluarga, kawan kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. From the bottom of my heart," katanya.

Zaihani turut membuat permohonan maaf secara terbuka di akaun media sosialnya termasuk Facebook dan Instagram.

Baca: "Itu Keluhan Saya, Bukan Body Shaming Sesiapa!" - Zaihani Zain

Sejak Isnin lalu tular status Facebook milik pengkritik fesyen tersohor tempatan itu apabila dia dikatakan 'menasihati' individu yang memiliki berat badan melebihi 60 kilogram tidak sepatutnya menghadiri pertunjukan fesyen.

Baca: "Kalau Berat Lebih 60kg Tak Payah Datang Fashion Show, Paha Melimpah Kiri Kanan" - Pengulas Fesyen Kritik Tetamu Berbadan Besar?

Isu itu mendapat perhatian umum dan telah mengguris banyak hati terutama individu berbadan besar.

Malah, kontroversi itu menarik perhatian beberapa selebriti dan pereka fesyen tempatan untuk meluahkan pandangan tersendiri.

Baca: Kenyataan 'Body Shaming' Pengkritik Fesyen, Selebriti 'Comel' Tampil Bersuara

Baca: "Orang Berbadan Besarlah Our Biggest Buyer" - Pereka Fesyen Serang Kenyataan Zaihani


Dalam perkembangan lain, Zaihani dilantik sebagai guru yang memantau kreativiti dan teknikal peserta dalam rancangan realiti pencarian bakat pereka fesyen tempatan, Gen F.

Gen F bersiaran setiap hari Rabu pukul 11 malam menerusi Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @zaihanimzain