Masihkah anda ingat dengan iklan Dugaan Raya Aida yang sangat terkenal pada sambutan Hari Raya lalu?

Iklan tersebut meninggalkan kesan tersendiri kepada penonton dan gelagat pelakon utamanya begitu mencuit hati.


Dugaan Raya Aida nyata membawa tuah kepada gadis terbabit kerana dia kini mula melangkah setapak lagi dalam bidang seni.

Dikenali sebagai Dee Alhadi, gadis berusia 26 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang ini mula menjejakkan diri dalam bidang lakonan dan membintangi drama bersiri online 3 Gadis Manis musim kedua!

"Alhamdulillah, iklan tersebut memang banyak memberikan kesan kepada saya. Iklan tersebut memperkenalkan saya dalam dunia hiburan.

#Repost @astrogempak with @get_repost ・・・ Ni ke wajah #3GadisManis untuk musim ke2 ni? Wowww! ? Kalau nak tahu, nantikan live update Sidang Media di Facebook Astro Gempak! #AwesomeLikeCherryBlossom @mynivea

A post shared by Sharifah Nordiana Syed Shaikh (@dee_alhadi) on


"Ketika iklan itu muncul, semua orang bertanya, siapakah yang berlakon dalam iklan tersebut? Saya sendiri tak jangka iklan itu akan menjadi tular dan ketika saya membintangi iklan itu pun, saya tak letakkan sebarang harapan.

"Saya melakukan ia dengan sepenuh hati dan iklan tersebut nyata membuka peluang baru untuk saya. Saya gembira dengan maklum balas positif yang diterima kerana orang melihat bakat saya," katanya yang mengusahakan kedai gunting rambut di Kuantan.

Merupakan seorang graduan dalam bidang teater, pemilik nama penuh Sharifah Nordiana Maihan Syed Shaikh ini menghadiri sesi ujibakat untuk menjayakan watak Mar dalam 3 Gadis Manis musim kedua.

"Seperti juga iklan, saya turut menghadiri sesi ujibakat untuk drama bersiri ini. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran untuk menjayakan watak Mar dan gembira kerana dapat melangkah setapak lagi untuk memperkenalkan bakat saya.

Syukur Alhamdulillah for this opportunity , im so blessed and thankful . Thank you so much to everyone that believed in me and help me through out this beautiful journey. . Thank you ❤️ @_thejebs , @nadirahzakariya , @nadiahhamzah , @mutiarabahir and everyone ! . . To nina @yayazahir and Jo @hannahdelisha , it was the best 5 days i had and im glad we're housemates. . 3Gadis manis is gonna be out soon on this 9th of April !! Kalau nak tngok boleh terus ke website www.3gadismanis.com.my atau di page @astrogempak ! ?#awesomelikecherryblossom @mynivea ?

A post shared by Sharifah Nordiana Syed Shaikh (@dee_alhadi) on

#Repost @astrogempak with @get_repost ・・・ Nantikan #3GadisManis Musim 2 bermula 9 April di www.3gadismanis.com.my Serious besttt! Confirm korang semua akan terhibur ? #AwesomeLikeCherryBlossom @mynivea

A post shared by Sharifah Nordiana Syed Shaikh (@dee_alhadi) on


"Pengalaman berlakon iklan dan drama bersiri online sebenarnya sama sahaja, apa yang membezakannya cuma jangka masa. Berlakon drama bersiri mungkin mengambil masa yang lebih lama berbanding iklan.

"Saya jadikan perkara ini sebagai batu loncatan untuk saya bergiat dengan lebih aktif dalam bidang lakonan. Saya tak akan berhenti berusaha dalam memperkenalkan bakat saya, Insya-Allah," katanya lagi.

Are you ready guys ?!! 4hours to go . Jangan lupa saksikan 3 Gadis Manis Musim ke 2 diharumkan oleh @mynivea harini! @astrogempak original series di www.3gadismanis.com.my . Link is in my bio. Loving the soundtrack : Supernova by @charisow ??#awesomelikecherryblossom #3gadismanis2

A post shared by Sharifah Nordiana Syed Shaikh (@dee_alhadi) on


3 Gadis Manis musim kedua merupakan karya digital kompak terbitan portal Gempak menerusi segmen Gempak Original Series dan menampilkan bintang-bintang lain seperti Hannah Delisha, Yaya Zahir, Aedy Ashraf dan Fahad Iman.

Diarahkan oleh Junad M.Nor dan dibantu oleh Nadirah Zakariya, 3 Gadis Manis musim kedua yang diharumkan oleh NIVEA bersiaran sebanyak tujuh episod menerusi platform digital di www.3gadismanis.com.my dan aplikasi Gempak bermula 9 April ini.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: YouTube TNB & Instagram Dee