Penyanyi kumpulam Slam, Zamani Ibrahim, mengakui masih menerima tawaran untuk membuat persembahan selepas terpalit dengan beberapa isu kontroversi sebelum ini.

Menurut Zamani, dia bersyukur kerana masih bakatnya masih diterima oleh orang ramai walaupun tidak mempunyai single baharu.

"Alhamdulillah, sehingga kini saya masih aktif melakukan persembahan dan tawaran yang diterima juga tidak pernah putus.

"Persembahan yang dilakukan bergantung pada permintaan orang dan saya bersyukur kerjaya seni sebagai penyanyi masih diterima oleh orang ramai.

"Cuma buat masa sekarang saya masih belum ada idea untuk menghasilkan single baharu kerana single saya sebelum ini penerimaan orang cukup mengecewakan.

"Saya tidak berputus asa dan akan cuma menghasilkan single berkualiti selepas ini namun buat masa sekarang masih belum ada perancangan ke arah itu," katanya kepada Astro Gempak.

Zamani berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Pentas Maya Bersama Zamani di Kafe Sakura Kristal, baru-baru ini.

Konsert Pentas Maya Bersama Zamani yang dianjurkan Pentas Maya dengan kerjasama Mobilewerkz Technologies akan diadakan pada 2 Mei ini.

Ia merupakan konsert pertama yang diadakan secara atas talian.

Peminat boleh melayari laman web www.pentasmaya.com untuk mendapatkan akses menonton konsert tersebut dengan harga sebanyak RM30.