Pelakon Emma Maembong menjelaskan tidak mempunyai untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Menerusi entri di Instagram (IG), Emma menjelaskan dia kesal apabila ada pihak yang sering mengaitkan dirinya dengan ramai lelaki disebabkan sering memuat naik gambar bersama di media sosial. "Chill guys saya tak ada masa lagi nak bercinta-cinta ni. Jagan asal muat naik gambar je bercinta. "Tak salahkan saya nak berkawan dengan semua. Tak semestinya kene bercinta. So chill k," tulisnya. Rata-rata peminat bersetuju dengan Emma memandangkan usianya kini masih muda dan perjalanan hidupnya masih jauh. Sebelum ini Emma pernah dikaitkan bercinta bersama pelakon Alvin Chong apabila mereka sering memuat naik gambar bersama-sama. Emma juga dikatakan kini sedang menjalinkan hubungan cinta bersama pelakon Kamal Adli namun sehingga kini mereka tidak mengesahkan mengenai perkara itu kepada umum mengenai status hubungan mereka. Teks Oleh: Rozaimi Foto: Instagram Emma Maembong
"Tak Tahu Niat Mereka, Mungkin ..." - Haqiem Rusli Tarik Balik Respon Panas Muzik Video Spoof Drama Band 18 Feb 2019
"Tunjuk Perkembangan Positif, Tapi Masih Di ICU..." - Lana Nodin Bersyukur Walaupun Anaknya Masih Perlu Dipantau 17 Feb 2019
"Saya Beri Nama Baru Siti Maryam..." Rebecca Nur Al Islam Bantu Pembantu Rumahnya Peluk Islam 17 Feb 2019
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 17 Feb 2019
"Saya Sayang Ayah Saya Seperti Mana Kamu Sayangkan Ayah Kamu" - Cik Manggis Ulas Komen Dikatakan Biadap Oleh Netizen 227
Beruntung Jadi Insan Bernama Neelofa Ni, Jadi Tetamu Pertama Di Resort Mewah Jumeirah Al Wathba, Abu Dhabi 78