Adik kepada bintang realiti TV, Kim Kardashian, Khloe mengumumkan nama anak sulung perempuannya iaitu True Thompson.

Menerusi laporan Daily Mail, Khloe menerusi entri di Instagram, telah mengumumkan nama anaknya itu kepada umum.

"Bayi perempuan kami, True Thompson," tulisnya.

Namun sehingga kini, Khloe masih belum berkongsi gambar bayinya itu kepada umum dan para peminatnya mengakui tidak sabar untuk melihat wajah anaknya itu.

Sebelum ini, Khloe Kardashian selamat melahirkan True Thompson pada 13 April lalu.

Teman lelakinya yang juga merupakan bapa kepada bayi comel itu, Tristan Thompson hadir.

Terdahulu, pasangan ini menjadi kontroversi apabila Tristan didapati curang tahun lalu ketika usia kandungan Khloe mencecah tiga bulan.

Sumber: Daily Mail