Penyanyi Hazami mengakui bersyukur kerana masih ada pihak yang menghargai kerjaya seninya sebagai seorang penghibur.

Menerusi entri di Instagram (IG), Hazama meluahkan rasa gembiranya itu apabila menerima penghargaan Tokoh Rock Milenia daripada Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.

"Terima kasih kerana menghargai saya. Terima kasih @unimalaya atas penghargaan Tokoh Rock Milenia dari Kolej Kediaman Tunku Kurshiah.

"Alhamdulilah semoga bertemu lagi. Semoga kalian semua berjaya dimasa akan datang #kolejkurshiah #kalaukitaingatkatorangorangpunakaningatkatkita.

"Walau ia majlis yang kecil tapi ia bermakna bagi saya. Terima kasih kerana memberikan penghargaan ini," tulisnya.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada Hazama dan berharap agar suatu hari dia berjaya meraih anugerah yang lebih besar pada masa hadapan.

"@eddyblackcurrent: Steady abang Hazama, semoga suatu hari nanti akan jadi legend macam papa rock kita Ramli Sarip."

"@zurina_kamis: Tahniah Hazama. Semoga selepas ini akan menerima anugerah lain pula. Ameen."

"@siti_mariam_yaacob: Diorang baru nampak bakat kamu. Kipidap dongibab. Semoga lebih banyak anugerah menyusul."

"@qasehmanjeputeri_zainrose: Hazama you deserve it, Tahniah diatas kemenangan ini."

Dalam perkembangan baru Hazama kini muncul dengan single terbaharu bertajuk, Aku Bukan Dewa berduet bersama Altimet.


Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Foto: Instagram Hazama