Pelakon Indonesia, Baim Wong, mengakui sudah bertemu pengganti pasangannya selepas berpisah dengan Vebby Palwinta awal tahun ini.

Menurut laporan Kapan Lagi, Baim menjelaskan dia sudah bersedia untuk berkahwin pada tahun ini memandangkan usianya sudah tua.

"Saya yakin tahun ini bakal bernikah kerana usia saya sudah tua," katanya.

Baim juga mengakui belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya itu kepada umum.

"Saya mengenali wanita itu menerusi seorang rakan dan hubungan kami amat baik sekali.

"Saya berharap agar jodoh kami ada dan akan berkahwin pada tahun ini.

"Diharapkan peminat akan mendoakan yang terbaik buat kami kerana saya juga meminta ibu mendoakannya semoga segalanya akan dipermudahkan, " ujarnya.

Sumber: Kapan Lagi