Pelakon Korea terkenal, Lee Min Ho yang semakin berisi selepas menamatkan latihan asas ketenteraan selama sebulan di sebuah kem, Korea Selatan menarik perhatian peminat.

Min Ho kelihatan segak memakai seragam tentera selepas tamat latihan ketenteraan bersama rakan sepasukannya di pusat latihan tentera.

Foto yang dikongsikan itu menjadi bualan peminat apabila Min Ho yang memakai pakaian tentera kelihatan semakin sihat dan berisi daripada sebelum dia menyertai pasukan tentera itu.

Ternyata perubahan fizikal Min Ho itu mengejut ramai peminatnya dan mereka tidak menyangka fizikal aktor kesayangan mereka itu berubah dengan cepat.

Dalam pada itu, Min Ho juga sempat menuju ke sebuah salun sejurus selepas menamatkan latihan asas ketenteraan dan mengambil kesempatan menyapa peminat yang menantinya di luar salun berkenaan serta bergambar bersama mereka.

Min Ho bakal menamatkan khidmat ketenteraannya pada Mei 2019.

Sumber: Koreaboo