Alami Masalah Kostum, Payudara Beyonce Hampir Terdedah

Hollywood
Alami Masalah Kostum, Payudara Beyonce Hampir Terdedah
Penyanyi terkenal dunia, Beyonce mengalami beberapa masalah dengan kostumnya semasa persembahan Coachella dan berusaha memastikan payudaranya tidak terdedah.

Penyanyi itu kelihatan memegang bajunya sambil menyanyi lagu-lagu hit Destiny's Child bersama ahli-ahli kumpulan itu.

Ketika beliau, Michelle Williams dan Kelly Rowland menari untuk lagu Soldier dan Independent Woman, tangan Beyonce asyik memegang dan membetulkan kostumnya di sebelah kiri bahu untuk memastikan pakaiannya tidak jatuh.

Itu bukan satu-satunya masalah yang dialami Beyonce dengan kostum.

Salah satu boot setinggi pahanya juga terlucut semasa dia menari dalam satu lagi persembahan pada malam yang sama.

Tidak lama kemudian boot kaki sebelah juga terlucut.

Walau bagaimanapun, Beyonce kekal menyampaikan persembahan bertenaga tinggi.

Terdahulu, Beyonce mengejutkan para penontonnya dengan membuat persembahan bersama beberapa tetamu jemputan selain ahli kumpulan Destiny's Child yang merupakan aksi mereka kali pertama selepas lima tahun.

Destiny's Child dilihat membuat persembahan bersama sebelum ini di Super Bowl pada tahun 2013.

Sumber: Astro Awani
Foto: FoxNews / Harpers Bazaar

Artikel Berkaitan