"Kagum!" - Hael Husaini Puji Persembahan Jampi Heliza & Hazwani

16 April 2018. 8.30 PM
3,116
Hiburan

Penyanyi asal lagu Jampi, Hael Husaini memuji persembahan luar biasa Heliza dan Hazwani Helmi ketika konsert kedua Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) Sabtu lalu.

Pasangan duo adik-beradik itu mencuri perhatian juri dan penonton dengan interpretasi tersendiri tentang maksud lagu ciptaan dan nyanyian Hael itu.

Baca: "Lagu Jampi Dan Jihad Melawan Nafsu" - Ini Penjelasan Heliza & Hazwani Helmi

"Kagum," tulis Hael ringkas dan turut mengulang siar persembahan Heliza dan Hazwani di Instagramnya.
 

Sebelum ini, timbul pertikaian tentang pemilihan lagu Jampi untuk dipersembahkan di pentas GGV2.

Selain netizen, keluhan tentang relevannya lagu Jampi dinyanyikan di GGV2 turut disuarakan oleh penyanyi Waheeda.

Baca: "Ridiculous!" - Waheeda Pertikai Lagu Jampi Di Pentas GGV2?

Pada persembahan lagu Jampi minggu lalu, Heliza dan Hazwani berjaya meraih markah tertinggi daripada juri profesional melayakkan mereka ke minggu keempat.

Malah, ketua juri, Farihin Abdul Fattah memuji persembahan lagu Jampi yang disampaikan dengan penuh drama dan mesej yang sarat.


GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu keempat GGV2 bakal membawa tema Gema Yang Dirindukan dan 9 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @haelhusaini, @hazwanihelmi

Artikel Berkaitan