Tempias populariti akan dirasai oleh setiap anak selebriti tidak kira yang sudah dewasa mahupun masih bayi.

Hal sama terjadi kepada anak sulung pasangan Jihan Muse dan Ungku Hariz apabila lebih 10 akaun Instagram palsu yang menggunakan nama si cilik itu telah dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Antaranya @ungkuarsalanhaq, ungkuarsalanhaqofficial, @ungku_arsalan_haq, @ungku_arsalanhaq, @ungkuarsalanhaq._, @_ungkuarsalanhaq, @ungku.arsalanhaq dan @babyninjajihanmuse.

Kesemua akaun Instagram ini menggunakan foto wajah sebenar anak pasangan selebriti itu.

Malah, ada antara akaun Instagram palsu itu sudah berjaya memperdaya pengguna dan mengumpul ribuan pengikut.

Ungku Arsalan Haq dilahirkan pada 26 Januari lalu pada pukul 10.15 malam di sebuah pusat perubatan swasta di Shah Alam.

Pasangan Jihan dan Ungku Hariz telah mendedahkan wajah dan nama anak sulung mereka menerusi majlis akikah pada awal bulan ini.

Kemeriahan majlis akikah Ungku Arsalan Haq boleh disaksikan menerusi episod ke 25 Hi Mommy Jihan yang akan bersiaran pada hari Isnin dan Selasa ini pukul 10.55 malam.

Jihan baru-baru ini membuat kemunculan semula kali pertama di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME2018) selepas habis berpantang.

Malah, pengacara popular itu minggu lalu mencuri tumpuan menerusi video parodi filem Dukun.

Jangan lupa saksikan vlog bersiri Hi Mommy Jihan yang memaparkan klip-klip eksklusif kehidupan harian Jihan sekeluarga.

Anmum™ Lacta satu-satunya susu yang dirumuskan untuk membekalkan nutrien semasa tempoh jagaan selepas bersalin.

Hi Mommy Jihan boleh ditonton setiap hari Isnin dan Selasa pukul 10.55 malam di Astro Ria (104), Ria HD (123) dan platform digital Astro GO dan eBu.

Teks oleh: Amri Hassan