Keterujaan peminat muzik hip hop tempatan yang mahu menonton showcase 16 Baris secara percuma di The Bee, Publika akhirnya bertukar menjadi kehampaan.

Ribuan orang datang ke Publika semata-mata mahu menonton showcase tersebut dan The Bee tidak dapat menampung jumlah peminat yang hadir.

Susulan berita tersebut, Joe Flizzow selaku penganjur tampil menjelaskan situasi dan memohon maaf.

Menurut Joe, perkara yang terjadi berlaku di luar kawalan pihak pengurusan dan mereka tidak menjangkakan ribuan peminat akan hadir malam tadi.

Sesak kalau tak berbaris. Closest i get to watch #16baris . Oh well, youtube then...

A post shared by hizami zaini (@hizamizaini) on


“Ini merupakan showcase pertama yang kami persembahkan dan kami tidak menjangka ribuan peminat yang hadir kerana kami telah mengumumkan bahawa first come, first served.

“Apa yang penting buat masa ini adalah keadaan dapat dikawal dan saya bersyukur tiada siapa yang tercedera.

“Selepas dengar apa yang berlaku di luar, perkara utama yang saya pastikan adalah tiada kaum wanita mahupun anak-anak kecil yang tercedara,” katanya.

Dalam pada itu, Joe turut menjelaskan mengapa The Bee menjadi platform untuk showcase pertama ini.

“Ini kerana kami tidak mempunyai dana yang mencukupi. Bajet kami adalah terhad dan persembahan ini tiada sponsorship. Jika ada dana yang banyak, kami (pihak pengurusan) akan pilih pentas yang lebih besar.

“Saya ingin memohon maaf atas kesulitan yang berlaku malam ini. Apa yang terjadi merupakan perkara di luar kawalan,” jelasnya.

Dengan sambutan yang menggalakkan ini, Joe selaku penganjur berkata 16 Baris mungkin akan tampil dengan showcase kedua.

“Jika kami mempunyai dana yang mencukupi, kami pasti akan merancang sesuatu yang lebih besar untuk showcase kedua,” katanya.

16 Baris merupakan kolaborasi antara Kartel Records dan Rocketfuel Entertainment yang menghimpunkan artis hip hop dan telah mendapat tontonan lebih 100,000 menerusi video mereka di YouTube.

Sumber: Astro Awani
Foto: Instagram @hizamizaini

#LatePost Suasana di The Bee Publika #16BARIS ? ? : ig story @16.baris @enambelasbaris @officialjuzzthin @warisn9 @flizzow @bukansabbala @benzooloo @iamdeekid @altimet @itssonaone @djcza

A post shared by Official FANS Juzzthin (@juzzthinofficialfc) on

Sorry cant make it in to watch you @kungfuhades too crowded lol #16baris #havoc

A post shared by ledger janudin (@iamledgers) on

X bleh msuk..full oii!!! #publika #16baris #joeflizzow

A post shared by BUZY WORK (@buzywork86) on