Konsert minggu ketiga Gema Gegar Vaganza (GGV2) bakal menyaksikan 10 bintang membuat persembahan bertemakan ‘Bukan Biasa-Biasa’.

10 bintang tersebut adalah Adeep Nahar, In Team, Farah Asyikin, Brothers, Ippo Hafiz, Fitri Haris, Mestica, Devotees, Awi Rafael dan pasangan adik beradik Heliza Hazwani.

Dalam pada itu, konsert kedua GGV2 menyaksikan penyingkiran Rabithah dengan peratusan terendah sebanyak 57%.

Rabhitah telah menyampaikan lagu berjudul Semangat Yang Hilang.

Berikut merupakan senarai lagu konsert ketiga GGV2:

Adeep Nahar: Perjalanan

Brothers: Kau Ilhamku

Hazwani Heliza: Jampi

Awi Rafael: Ku Mohon

Farah Asyikin: Syurga Di Telapak Kaki Ibu

Ippo Hafiz: Tanpa

Fitri Haris: Yang Terindah

In Team: Gemuruh

Devotees: Pada Syurga Diwajah Mu

Mestica: Insan

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu ketiga GGV2 bakal membawa tema Bukan Biasa Biasa dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.

Teks oleh: Mya Amri