Pelakon Korea, Kim So Hyun akui tidak mahu melakukan pembedahan plastik pada wajahnya.

Kata So Hyun dia lebih selesa memiliki wajah asli dan bersyukur dengan kurniaan yang diberikan kepadanya.

“Saya berpuas hati dan terima wajah asli saya seadanya.

“Saya menerima banyak nasihat yang meminta saya agar tidak melakukan sebarang pembedahan plastik.

“Lagipun saya sendiri tidak berminat dan saya akui tidak ada bahagian pada wajah yang saya ingin ubah,” ujarnya.

Dalam perkembang lain, So Hyun baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama terbarunya, Radio Romance.

Sumber: Allkpop