Pelakon popular Bollywood, Priyanka Chopra mengakui pernah disisihkan daripada membintangi filem di Hollywood gara-gara warna kulitnya.

Menurut laporan ELLE.com, Priyanka Chopra mengakui kecewa apabila ada pihak yang membandingkan bentuk fizikal seseorang itu daripada menilai mutu lakonannya.

"Saya berasa kesal apabila ada pihak yang membuang saya daripada membintangi filem di Hollywood kerana warna kulit saya.

"Mereka mengatakan bahawa disebabkan warna kulit, saya tidak dapat membawa watak yang diberikan dengan baik.

"Ternyata perkara itu membuatkan saya kecewa kerana sepatutnya mereka menilai bakat yang ada pada pelakon dan bukannya warna kulit.

"Selepas itu saya mendapat tawaran lain di Hollywood dan saya bersyukur kerana berjaya buktikan pada mereka yang warna kulit bukan halangan untuk seseorang pelakon itu untuk berjaya," katanya semasa wawancara bersama InStyle.

Priyanka Chopra berjaya membuka mata ramai orang apabila lakonannya dalam filem Quantico dan Baywatch mendapat pujian daripada penonton.

Sumber: ELLE.com