Pelawak Abam Bocey dilihat mula mengamalkan gaya hidup yang sihat apabila semakin kerap melakukan senaman di Gym.

Menerusi entri di Instagram (IG), Abam berkongsi beberapa keping gambar melakukan senaman dan ternyata tindakannya itu mendapat pujian daripada peminatnya.

"Keep fighting. #misimengecil #taksukabolehjalan #jangansibokhalorang #gemokisawesome #kitabaikramaisayang #teamfadzil #youcanloseweightfromhome #teamnickhinhussien," katanya.

Keep fighting.... #misimengecil #taksukabolehjalan #jangansibokhalorang #gemokisawesome #kitabaikramaisayang #teamfadzil #youcanloseweightfromhome #teamnickhinhussien

A post shared by ABAM™ BOCEY (@abam_bocik) on


Rata-rata peminat kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh Abam dan ada diantara mereka mendoakan agar dia berjaya mengurangkan berat badannya.

"@aq_alif: Steady Abam. Konsisten Sbam. Prove the world how you can change people thought only with your attitude n passion."

"@aiman_kulai9: Usaha ye Abam. Bersenam selalu dan jaga pemakanan. Insyaallah kurang sikit berat badan. Saya sokong tindakan yang dilakukan Abam ini."

"@kiesyarahim: Teruskan, jangan peduli orang yang berkata buruk tentang awak Abam , biarkan mereka, buktikan yang awak mampu lakukan."

"@izharardy: Go Bro. You can do it. Pedulikan orang yang mematah semgat. Good luck. You can do it."

"@asyrafx_xazhan: Nampak macam Abam sudah makin kecilah teruskan Abam you can do my bro @abam_bocik."

"@sofia.jll12: Teruskan misi mengecil, saya teringin nak tengok Abam kurus pasti makin handsome."


Kami di Astro Gempak mendoakan agar Abam dapat meneruskan misinya mengurangkan berat badan dan semoga Abam terus bersemangat melakukannya.