Pelakon dan bekas ahli gusti, Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock mencabar aktor filem Train To Busan, Ma Dong Suk untuk bergusti lengan dengannya.

Dwayne menyatakan hasratnya itu menerusi satu tembual ketika mempromosikan filem terbarunya, Rampage baru-baru ini.

Menurut Dwanye dia berasa kagum melihat kegigihan dan bentuk fizikal Ma Dong Suk yang menyamai susuk tubuh seorang ahli gusti.

“Anda kelihatan sangat mengagumkan dan lengan anda pula begitu besar! Saya tidak tahi sama ada saya akan menang tetapi saya berasa sangat gembira sekiranya dapat cuba untuk berlawan gusti lengan dengan anda,” katanya.

Dwayne berkata demikian selepas melihat foto Ma Dong Suk yang ditunjukkan dalam temu bual tersebut.

Dalam perkembangan lain, Ma Dong Suk kini sedang membuat persiapan untuk filem terbarunya, Champion dan memegang watak sebagai seorang ahli gusti.’

Sumber: Koreaboo