“Macam Adik-Beradik, Ingatkan Kakak” – Wajah Comel Ibu Janna Nick Jadi Perhatian

Hiburan
“Macam Adik-Beradik, Ingatkan Kakak” – Wajah Comel Ibu Janna Nick Jadi Perhatian
“Patutlah cantik, lihatlah ibunya pula”, itulah antara reaksi yang diberikan pengikut Instagram (IG) selepas melihat wajah ibu kepada pelakon Janna Nick.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Janna Muner, 23, berkongsi satu foto berserta ucapan terima kasih kepada ibunya yang dikenali sebagai mama Scha menerusi akaun Instagramnya baru-baru ini.

Namun apa yang menarik perhatian pengikutnya adalah wajah polos mama Scha yang kelihatan cantic walaupun tidak mengenakan alat solekan tebal.

Sama seperti anaknya, wajah mama Scha dipuji pengikut IG yang rata-ratanya menyifatkan wanita berusia 44 tahun itu memiliki wajah ‘baby face’.

Tidak kurang juga ada yang menyatakan rasa terkejut kerana mereka berdua kelihatan lebih kepada adik-beradik.

Tak percaya? Nah ini buktinya:
 
 

#hartaduniaakhiratsaya ❤️

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

Foto: Instagram @jannanick


 

Artikel Berkaitan