Penyampai radio SINAR, Jep, Rahim dan Angah bakal hadir ke pertandingan akhir Kugiran Sinar yang berlangsung pada Sabtu ini.

Selain trio ‘Pagi Di Sinar’, penyampai lain yang akan hadir memeriahkan acara tersebut adalah SY, Adi, Abby dan Jamal.

Menurut pengurus kandungan SINAR, Rasidah Khasim, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan untuk pengunjung yang hadir ke acara tersebut.

“Kami sudah sampai ke penghujung ‘Kugiran SINAR’, dan dengan penuh rasa bersyukur, kami amat gembira dengan kehadiran peminat-peminat yang mengagumkan sepanjang penjelajahan kami di Johor dan Pulau Pinang.

“Bagi acara kemuncak ‘Kugiran SINAR’, kami ingin menutup tirai penjelajahan kami dengan pelbagai aktiviti yang mengujakan buat seisi keluarga.

“Sebagai tanda penghargaan kami kepada peminat-peminat SINAR yang tidak jemu menyokong kami, barisan penyampai radio termasuk Jep, Rahim, dan Angah akan turun padang untuk bertemu dan beramah mesra bersama peminat-peminat SINAR.” ujarnya.

Jangan lupa saksiakan kemuncak pertandingan ‘Kugiran SINAR’, di mana 10 peserta yang berjaya ke pusingan akhir akan mempersembahkan bakat nyanyian mereka secara langsung, diiringi pemuzik terkenal, Shah SLAM, untuk merebut gelaran ‘Jaguh Kugiran SINAR’

Penjelajahan terakhir ‘Kugiran SINAR’ ini akan berlangsung di Galeri Jualan IJM Land Puncak Alam, Sabtu, pada 14 April 2018 bermula dari jam 5 petang sehingga 7 malam.

Jelajah ‘Kugiran SINAR’ yang telahpun menjelajah ke Johor dan Pulau Pinang berjaya merekod kira-kira 4,000 peminat.