Pelakon Nelydia Senrose menjadi perhatian peminat selepas berkongsi foto memakai cincin dibahagian jari manisnya hari ini.

Selain foto, kapsyen yang ditulis oleh Nelydia juga turut melambangkan seolah-olah dirinya sedang berada dalam fasa yang sangat bahagia.

“Happiest day of my life. dreams do come true,” coretan ringkas Nelydia menerusi laman Twitternya.



Disebabkan perkara itu, peminat mula membuat spekulasi aktres kesayangan mereka ini bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Malah Twitter Nelydia juga sudah mula dihujani dengan ucapan peminat yang mendoakan kebahagiaannya.



Bagaimanapun, Nelydia masih belum lagi memberikan sebarang respon mengenai perkara tersebut.

Foto: Twitter @nelydiasenrose/ IG @nelydiasenrose

Teks oleh: Mya Amri