Drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu yang menggandingkan Zahirah Macwilson dan Syafiq Kyle berjaya menambat hati penonton.

Mendapat respon positif peminat, Zahirah tidak menggunakan gosip cinta untuk menjual drama tersebut.

"Saya dan Syafiq sangat profesional di set penggambaran. Ini merupakan gandingan pertama saya dengan Syafiq. Saya tak sangka drama ini menjadi perhatian.

"Saya juga gembira apabila nama kami tak dikaitkan dengan sebarang gosip cinta dan masih ramai orang memberi reaksi yang gandingan kami berjaya membuatkan mereka terpikat dengan Tak Ada Cinta Sepertimu.

Athea punya tau #TakAdaCintaSepertimu

A post shared by Zahirah Macwilson (@zahirahmacwilson) on


"Saya gembira kerana tak perlu ada sebarang gosip cinta untuk 'menjual' drama bersiri ini. Alhamdulillah, drama ini berjaya meniti bibir peminat dan ramai yang mahukan gandingan kami untuk projek lain selepas ini," kata Zahirah.

Tak kisah bergandingan dengan mana-mana hero, anak kepada Zainol Macwilson ini memilih naskah yang berkualiti untuk mewarnai portfolionya sebagai pelakon.

"Alhamdulillah, tahun ini bermula dengan baik. Saya tak akan berhenti berusaha dan mahu terus memilih watak yang berkualiti untuk saya jayakan.

"Saya juga tak kisah bergandingan dengan mana-mana hero, asalkan karakter yang saya jayakan itu bagus untuk profil saya sebagai seorang pelakon," katanya katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik barangan kemas Tous di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.



Jenama barang kemas yang berasal dari Sepanyol ini membuka cawangan ketiga di IOI City Mall Putrajaya selepas mempunyai dua cawangan di Pavilion KL dan Sogo.

Selain Zahirah, selebriti lain yang menghadirkan diri di majlis pelancaran butik Tous adalah Anzalna Nasir dan Ruhainies.

Teks oleh: Kamaruddin Razal