Seorang peminat tegar, Taylor Swift dilaporkan sanggup merompak sebuah bank di Ansonia untuk menarik perhatian penyanyi itu.

Menurut laporan TMZ.Com, lelaki yang bernama Bruce Rowley itu berkata dia melakukan perbuatan tersebut di sebuah bank sebelum meminta petugas bank memberikannya sejumlah wang yang diinginkan.

Akibat perbuatannya itu, Bruce telah ditahan oleh pihak polis dan mengakui hasil rompakannya itu digunakan untuk melemparkan wang tersebut di perkarangan rumah Taylor.

Namun ternyata perbuatan Bruce itu sia-sia apabila ketika kejadian, Taylor tidak berada di rumahnya.

Selepas soal siasat dilakukan oleh pihak polis, Bruce Rowley mengakui dia sangat meminati Taylor dan tindaknya memberikan wang tersebut adalah untuk menarik perhatian penyanyi itu.

Bruce Rowley kini bakal berdepan dengan dakwaan kerana merompak bank dan pihak polis mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan perbuatan sedemikian.

Sumber: TMZ.Com