Pelakon Faye Kusairi telah selamat menimang cahaya mata sulungnya pada 9 April lalu.

Menerusi entri terbaharu di Instagram, Faye memaklumkan bayi lelakinya berkongsi tarikh sambutan ulangtahun perkahwinannya dengan pengarah Azmi Hatta.

"Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti.

"Pada 9 April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year anniversary kami, tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama.

"Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya?

"Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby," tulis Faye.

Bismillahirrahmannirrahim... Assalamualaikun semua, Mommy nak kongsi berita baik buat semua yang menanti. . Pada 9hb April lalu, saya dan suami bukan sahaja menyambut 1st year Anniversary kami. Tanpa diduga dengan izin dan keredhaan Allah SWT, kami dikurniakan seorang putera pada hari yang sama. Syukur Alhamdulillah, Mommy dan baby sihat. Mommy just still penat sikit, tu yang lambat berkongsi. Maaf ya? ? Nanti nanti kami akan kongsi nama putera kami pula. . Terima kasih pada semua yang mendoakan saya dan baby. ?????

A post shared by FayeKusairi™ Official (@fayekusairi) on


Faye dan Azmi yang merupakan bekas suami penyanyi Elly Mazlein telah mendirikan rumah tangga pada 9 April 2017 di Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan kepada pasangan Faye dan Azmi!

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @fayekusairi