Pereka fesyen terkenal Rico Rinaldi tidak mengambil kesempatan atas populariti dan kontroversi yang berlaku terhadap pelakon dan pengacara sensasi Neelofa.

Neelofa dipilih sebagai 'muse' koleksi terbaharunya Summeraya 2018 disebabkan faktor penghijrahan dan imejnya yang bersesuaian dengan jenama fesyen tempatan itu.

"Kami sudah berbincang lebih sebulan awal daripada kisah kontroversi pelancaran koleksi tudungnya berlaku dan segalanya sudah dijadualkan.

"Apabila perkara itu berlaku saya hanya berserah pada Allah dan pasti ada hikmah di sebalik kejadian itu.

"Saya pilih Neelofa bukan kerana kontroversi tetapi kisah penghijrahan dan pencapaiannya yang bersesuaian dengan koleksi terbaharu ini." katanya kepada Astro Gempak.

Rico, 31, mendedahkan tempias turut terkena selepas kontroversi itu apabila ada beberapa penaja menarik diri daripada pertunjukan fesyen yang akhirnya berlangsung serba indah malam tadi.

"Kritikan yang datang terlalu banyak sampaikan saya sendiri bertindak memadamkan komen-komen negatif di akaun media sosial jenama saya.

"Walaupun ada pihak penaja yang menarik diri, urusan dipermudahkan apabila ada pihak lain pula yang menawarkan diri.

"Apabila saya memuat naik gambar Neelofa sebagai Face of Summeraya 2018, saya dihentam! Ada yang kata saya nak cari publisiti murahan, mahu lariskan baju, gunakan Neelofa untuk pemasaran dan banyak lagi.

"Apapun, seperkara yang saya pasti, Neelofa sangat profesional dan dia memudahkan banyak perkara," tambah Rico.

Pertunjukan fesyen koleksi Ramadan dan Aidilfitri Summeraya 2018 Rico Rinaldi berlangsung meriah di Menara OBYU, Damansara malam tadi.

Sebanyak 46 rekaan Bespoke dan Ready-To-Wear dipersembahkan termasuk koleksi baju Melayu untuk lelaki yang dijual antara RM229 hingga RM2,989.

Koleksi Summeraya 2018 boleh didapati di Butik Rico Rinaldi di Plaza Damas dan Bangi Sentral selain Physicon Malaysia dan Modvier Bangsar.

GEAR UP! It’s now for #summeraya2018! Introducing the FACE OF SUMMERAYA 2018 @neelofa!! . . The collection is BIGGER and BETTER! Three collections coming to you #summerayabespoke #summeraya2018 and for the first time we introduce #summerayapreramadhan . . . ?@lancomeofficial #lancomemy @mystarbucks @physiconmalaysia #physiconmalaysia @modvier #modvierbangsar @naelofarluxeofficial #ricorinaldixnaelofarhijabluxe @lensworks_production

A post shared by RICO RINALDI (@ricorinaldi) on



Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @ricorinaldi