Penyanyi yang sedang meningkat naik, Wani Kayrie sekali lagi bakal mengharumkan nama negara selepas terpilih menyertai pasukan Malaysia ke World Championship Of Performing Arts 2018 (WCOPA2018).

Menurut Wani, ini merupakan penyertaan kali keduanya mewakili Malaysia ke WCOPA yang akan berlangsung diadakan di Los Angeles, Californiapada bulan Julai nanti.

"Ini merupakan kali kedua saya mewakili Malaysia kerana sebelum ini saya pernah mewakili negara pada tahun 2012 dan telah berjaya memenangi lima pingat untuk lima kategori yang saya sertai.

"Saya berjaya membawa pulang satu pingat emas, tiga pingat perak dan satu pingat gangsa serta memenangi Hollywood Industry Award.

"Tahun ini saya mengharapkan sesuatu yang lebih baik berbanding sebelum ini dengan membawa pulang lebih banyak pingat untuk negara.

"Acara itu akan berlangsung selama dua minggu dan setakat ini saya masih belum membuat apa-apa persedian lagi kerana sedang fokus pada pemilihan lagu terlebih dahulu," katanya.