Anggota kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan telah memuat naik sebuah entri di laman Instagram miliknya berkenaan dengan program realiti Gema Gegar Vaganza (GGV) semalam.

Menerusi entri terbabit, Bazli yang merupakan juara GGV musim pertama bertanyakan pendapat pengikutnya berkaitan dengan perbandingan antara GGV1 dan GGV2.

Kebanyakannya meluahkan kekesalan terhadap program itu dan menyifatkan kualiti persembahan serta penyampaian pengacara lebih hambar berbanding GGV musim pertama.

Give your comments a long way and you know what's going on. What's more, what you have to do, and what your heart is doing. Please tag your friends too, ask him to review his views. UNIC's selected comment will read this Thursday at 8pm on UNIVERSAL UNIC LIVE.KE @ unik.ke @ unik.ke

A post shared by bazlihazwan (bazliunic) (@bazliunic) on


Beberapa jam selepas itu salah seorang anggota kumpulan In Team, Hazamin Harun seakan-akan menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Bazli menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Tidak menujukan entri itu kepada mana-mana pihak, Hazamin memuat naik foto kumpulan In Team dengan naib juara GGV1, Hijjaz dan menganggap tindakan membanding-bandingkan sebagai satu cara tidak matang.

"Membanding-banding bukanlah satu cara yg matang.

"Sebaliknya memberi cadangan dan sokonganlah yang terbaik. Manakan sama yang pertama dengan kedua. Manakan sama murid dengan guru.

"Bercakap lebih senang dari melaksana. Menjadi penonton lebih mudah dari turun ke gelanggang. InshaAllah akan terus berjuang walau tiada yg menyokong," tulis Hazamin.


Isteri Hazamin, Yanti Suhaini Ibrahim turut mengulang siar dan bersetuju dengan pendapat suaminya.


GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu ketiga GGV2 bakal membawa tema Bukan Biasa Biasa dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza .

Teks oleh: Amri Hassan