Pelakon dan pengacara popular Neelofa memohon masyarakat tidak terlalu cepat menghentam dan mengkritik adiknya, Ameera Khan.

Kata Neelofa, tidak adil untuk menjatuhkan hukuman terhadap seseorang hanya kerana satu kesalahan yang dilakukan.

"Adik saya baru berusia 17 tahun dan saya pasti saya pun tak mampu jadi sekuatnya ketika saya seusianya.

"Berilah dia ruang untuk menjadi lebih matang dan belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

"Tidak adil rasanya untuk terus menghukumnya," kata Neelofa.

Sebelum ini Ameera atau lebih popular dikenali dengan ID handle @littlemisskhan dikritik menerusi imej seksinya.

Malah, baru-baru ini Ameera mencuri perhatian umum apabila tindakannya memperlekehkan jenama sebuah telefon pintar popular.

Namun, Neelofa berbangga dengan ketabahan dan kekuatan Ameera berdepan dengan situasi netizen yang semakin agresif.

"Dia sebenarnya lebih kuat daripada saya.

"Banyak yang dia tengok dan belaja daripada saya, sebagai kakak saya harap boleh terus memberikannya inspirasi untuk berubah ke arah lebih baik," tambah Neelofa.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @neelofa, @littlemisskhan