Mendapat jolokan sebagai Oscar versi India, Filmfare Awards 2018 telah berlangsung dalam suasana yang gilang gemilang pada awal tahun 2018 di NSCI Dome, Mumbai.

Lebih bermakna apabila majlis anugerah paling berprestij yang mengiktiraf bakat anak-anak seni khususnya dalam industri perfileman India ini di acarakan buat julung kalinya oleh dua nama besar yang cukup berpengaruh, Shah Rukh Khan dan Karan Johar.

Penganjuran kali ke-63 ini menyaksikan ramai bintang Bollywood pujaan ramai seperti Kajol, Karan Johar, Shahid Kapoor, Arjun Kapoor, Madhuri Dixit, Preity Zinta dan ramai lagi, hadir bagi memberi sokongan penuh terhadap acara ini.

Bukan itu sahaja, pentas gah Filmfare Awards 2018 turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada barisan selebriti terkenal seperti Akshay Kumar, Ranveer Singh, Ayushmann Khurrana, Parineeti Chopra dan ramai lagi.

Irrfan Khan dan Vidya Balan menjadi perhatian ramai apabila mereka berjaya menggenggam trofi Pelakon Terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan menerusi filem lakonan masing-masing iaitu Hindi Medium dan Tumhari Sulu.

​Kegembiraan berganda buat Irrfan Khan apabila filem Hindi Medium yang menyaksikan dirinya membawa watak utama, dinobatkan sebagai filem terbaik.

Kini, penonton di Malaysia boleh menyaksikan kemeriahan Filmfare Awards 2018 menerusi kaca televisyen masing-masing di Astro Bollyone HD (saluran 251) dengan pembelian sebanyak RM5.90 bermula pada 13 April ini pada jam 9 malam.

Jangan lupa untuk melanggan, berhibur dan bergembira dengan Filmfare Awards 2018 hanya di Astro Bollyone HD (saluran 251)!

Teks oleh: Kamaruddin Razal