Kempen ‘Cover Star ERA yang dilancarkan secara eksklusif di media sosial pada 2 April lalu mendapat hampir 5,000 penyertaan dalam masa seminggu.

Sambutan kempen ‘Cover Star ERA’ yang memerlukan para peserta memuatnaik ‘persembahan’ lagu cover mereka di laman media sosial telah menyaksikan penyertaan dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Sehingga kini, penyertaan telah mencatitkan 4,933 jumlah keseluruhan peserta.

Menurut Pengurus Kandungan ERA, Dhan Andreas, agak sukar untuk melakukan proses pemilihan kerana peserta yang menyertai kempen tersebut majoritinya hebat-hebat belaka.

“Kami amat bersyukur atas sambutan luar biasa yang diberikan oleh peminat-peminat ERA terhadap kempen Cover Star ERA ini.

“Ia cukup membanggakan bagi kami untuk melihat pelbagai bakat-bakat istimewa ini, banyak penyertaan telah pun kami lihat dan pastinya proses pemilihan alan menjadi sukar. Mereka semuanya hebat,” ujarnya.

Bagi yang ingin menyertai ‘Cover Star ERA, muat naik video persembahan cover terbaik anda sebelum tarikh tutup pada 15 April ini.

Peserta ‘Cover Star ERA’ yang berjaya ke pusingan seterusnya bakal berlatih dengan artis-artis terkemuka dalam industri yang akan berkhidmat sebagai juri, sebelum ke pusingan akhir untuk merebut gelaran juara ‘Cover Star ERA’.

Pendaftaran penyertaan bermula dari 2 April 2018 sehingga 15 April 2018.

Cara-cara penyertaan:

Video berdurasi satu minit perlu dimuatnaik ke laman sosial Instagram dengan menggunakan hashtag #CoverStarERA.

Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada mood umum (public) bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri.

Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia.

Untuk matlumat lanjut tentang kempen-kempen ERA, layari www.era.je atau ikuti laman media sosial ERA di Facebook, Instagram dan Twitter.