Penyanyi Khai Bahar menjelaskan punca sebenar dia boleh memenangi kemenangan trofi utama Top Top MeleTOP Lelaki di Anugerah MeleTOP Era (AME2018).

Menerusi entri di Instagram (IG), Khai berkongsi rahsia kejayaannya dan mengakui usahanya selama ini membuahkan hasil.

"Nak tahu sebab apa boleh menang? Layak ke? Ini jawapan dia, sebab hampa semua hebat.

"Kalau nak sesuatu benda itu kena berusaha bersungguh-sungguh, hampa semua dah buktikan," tulisnya.

Rata-rata peminat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Khai dan mereka kagum dengan usaha serta pencapaiaan dia dalam kerjaya seni.

Khai Bahar dan Neelofa masing-masing mengungguli AME2018 dengan kemenangan anugerah utama Top Top MeleTOP Lelaki dan Wanita.

Khai antara lainnya turut memenangi anugerah Penyanyi MeleTOP dan Lagu MeleTOP (Bayang).

Neelofa pula menggondol dua anugerah lain iaitu Fesyen MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Malah, drama lakonannya Red Velvet turut dinobatkan sebagai Drama MeleTOP AME2018.