Pelakon jelita Fasha Sandha mendedahkan dirinya kini dalam fasa bahagia.

“Alhamdulillah, segalanya baik untuk saya dan anak-anak. Saya mengakui kini saya berada dalam fasa bahagia kerana ‘single is awesome’.

“Rezeki dalam bidang lakonan juga tidak putus-putus. Perniagaan yang saya usahakan, Chinta Saloon juga telah memasuki tahun ketujuh.

“Saya bahagia disamping keluarga dan anak-anak, sibuk dengan kerjaya lakonan serta mengekalkan momentum dalam bidang perniagaan,” kata Fasha.

Tambah penerima trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2017 ini, dia selesa memegang status solo kerana tidak terikat dengan mana-mana komitmen.

“Biarpun solo, saya gembira kerana kehidupan saya yang tidak terikat dengan sesiapa dan itu membuatkan saya fokus untuk mencari rezeki untuk anak-anak.

“Teman rapat itu saya akui ada tetapi hubungan kami hanya sekadar kenalan sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis sambutan hari lahir Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, bintang Syurga Yang Kedua ini sedang giat menjalani penggambaran drama bersiri Teratai Kemboja bersama Elly Mazlein dan Datuk Adi Putra.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Fasha