Pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza 3 (GV3), Zarul Husin menceritakan kisah kekecewaan kerana dipersiakan oleh kekasih.

“Saya menyampaikan kisah kekecewaan sehingga hati remuk kerana dipersiakan oleh kekasih. Semuanya saya dendangkan menerusi single terbaru yang berjudul Remuk.

“Tetapi itu semuanya bukan kisah saya sendiri. Lagu tersebut merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza,” kata Zarul.

Tambah vokalis kumpulan Umbrella ini, peminat turut sama-sama terlibat dalam pemilihan tajuk single terbarunya.


“Sebenarnya, single ini bertajuk Pemutar Bicara. Namun begitu, saya memberikan kuasa memilih kepada peminat yang selama ini menyokong kerjaya seni saya.

“Saya membuka ruang undian, sama ada mahu memilih Pemutar Bicara atau Remuk sebagai tajuk single. Akhirnya, peminat memilih Remuk kerana suka dengan perkataan tersebut yang lebih simple dan menggambarkan kisah keseluruhan single kedua saya,” katanya lagi.

Bernaung dibawah NADCS Entertainment, lagu Remuk mendapat kerjasama syarikat edaran Indigital dan boleh didengari serta dimuat turun di platform digital seperti Joox, iTunes, YouTube, Spotify dan banyak lagi.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Zarul