Pasangan romantis, Rashidi Ishak bersama isteri, Vanidah Imran berjaya membuktikan mereka cukup fit apabila mampu menghabiskan larian maraton sejauh 42 kilometer dalam masa 7 jam.

Ia bukan mudah untuk dicapai bagi pasangan yang pertama kali mencuba dalam satu acara larian yang diadakan di ibu kota baru-baru ini.

Akui Rashidi, ia mencabar mental dan fizikal sepanjang menghabiskan larian tersebut.

Seperti pelari lain yang berjaya menamatkan larian, mereka juga melakukan latihan berbulan-bulan sebagai persiapan menyertai acara tersebut.

Dalam pada itu, Rashidi menekankan aspek disiplin dalam diri penting untuk mencapai sesuatu matlamat.

"Saya tak faham kenapa ada yang menipu lari di garisan penamat tetapi tak lari sepenuhnya dengan catatan masa yang gempak. Kenapa ye?.

"Sama jugak semasa saya menduduki 'exam' ijazah dan sekolah, ada dikalangan rakan saya yang menipu di dalam 'exam'. Kenapa ye? Dapat medal tapi menipu, dapat A tapi menipu.

"Saya lagi hormat mereka yang gigih berlari, berpeluh, 'cramp muscle' tapi tak berjaya habiskan larian. Mereka ini lebih mulia dari kau yang dapat medal menipu atau kau yang menerima ijazah dengan menipu," katanya seperti mana dikongsi menerusi Instagramnya.

Saje je nak kongsi. Saya tamatkan larian marathon penuh saya 7 jam 1 min. Saya tak faham kenapa ada yang menipu lari di garisan penamat tetapi tak lari sepenuhnya dengan catatan masa yang gempak. Kenapa ye? Sama jugak semasa saya menduduki exam ijazah dan sekolah, ada dikalangan rakan saya yang menipu di dalam exam. Kenapa ye? Dapat medal tapi menipu, dapat A tapi menipu. Saya lagi hormat mereka yang gigih berlari, berpeluh, cramp muscle tapi tak berjaya habiskan larian. Mereka ini lebih mulia dari kau yang dapat medal menipu atau kau yang menerima ijazah dengan menipu. Kelakar lah bai. Dah tak boleh buat berhenti sahaja, cuba lagi tahun depan. Yang itu saya sangat respect!!!

A post shared by Rashidi Ishak (@rashidi_ishak) on

Kenyataan Rashidi itu bukan saja memberi semangat pada mereka yang mahu berlari sepertinya tetapi menemplak individu yang mendapat ijazah palsu. Macam kenal je siapa yang buat perangai macam tu!

Teks oleh: Elrafaei Sapi

Foto: IG @rashidi_ishak