Pelakon Sari Yanti mengakui kondisi dirinya yang semakin sarat hamil menyebabkan dia tidak dapat hadir ke Anugerah MeleTOP ERA (AME2018) yang berlangsung pada Ahad.

Sari membuat kenyataan itu dengan memuat naik satu foto beserta kapsyen menerusi akaun Instagram (IG)nya semalam.

“Subahanallah. Alhamdulillah. Terima kasih pada semua yang undi abang dan kakak awak.

“Kakak awak dah sarat sangat dah. Tahap kesihatan tak membenarkan kakak hadir. Thank you Meletop. Abang awak pulak baru sampai dari Penang malam ni.

“But we are so happy, thank you again untuk awak semua yang mengundi dan #AME2018 @meletop yeayyyyyyyy!!! #sampaisyurga,”
tulisnya.



[BACA: Jep, Sari Yanti Bakal Timang Baby Boy? - Peminat Mula Berteka-Teki)

Dalam pada itu, ruangan komen foto tersebut dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat yang mendoakan agar segala urusan bersalin dipermudahkan.

Sari dan Jep juga baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang ‘Couple MeleTOP’ di Anugerah MeleTOP ERA (AME2018).

[BACA: Neelofa, Khai Bahar Artis Top Top MeleTop 2018 & Keputusan Penuh AME2018]

Foto: Instagram @sariyanti

Teks oleh: Mya Amri