Penyanyi Mila Jirin gementar menantikan penerimaan orang ramai apabila mengambil keputusan untuk tampil semula setelah dua tahun berehat daripada industri hiburan.

Menerusi entri di Instagram (IG), Mila bersyukur apabila suaminya memberi izin untuk mengeluarkan single baharu bertajuk Adam dan Hawa.

"Masih adakah yang akan meyokong saya didalam industri muzik ini? Detik hati saya, bila saya nak melangkah masuk ke studio rakaman setelah hampir dua tahun berehat.

"Perasaan takut dan risau semuanya ada kerana masih adakah yang akan memberi sokongan kepada saya kerana saya sangat rindu untuk kembali.

"Bila suami izinkan saya gembira sangat bercampur risau tetapi bila suami minta saya jadikan #NonProfitProject dimana sebarang pendapatan dari projek ini untuk manfaatkan kepada insan yang memerlukan, saya jadi bersemangat luar biasa untuk kembali.

"Masih rasa gementar apakah penerimaan orang diluar sana terhadap lagu baru ini nanti. Dimana saya sendiri inginkan kelainan daripada segi penyampaian lagu biar ada makna untuk membawa kita ke arah kebaikan dan moga ia tidak melalaikan kita," tulisnya.

Cuba cari BENDA yang SALAH dalam TEASER diatas?? #Hahahahah .............. Ok ni Caption Sebenar : "MASIH ADA KAH YANG AKAN MENYOKONG SAYA DIDALAM #IndustriMuzik ini??" #AdoiMacamKempenPilihanRayaPulak ? . Detik hati saya, bila saya nak melangkah masuk ke studio rakaman setelah hampir 2 tahun berehat...TAKUT...RISAU...Masih adakah yang akan memberi sokongan?? . . Tiada LABEL yang besar memayungi saya, semuanya saya buat SENDIRI dengan TAJAAN sepenuhnya dari @bizmilla_catering kerana saya sangat RINDU untuk kembali... . . Bila Suami IZINKAN saya HAPPY sangat bercampur RISAU...Tapi Bila en Suami minta saya jadikan #NonProfitProject dimana sebarang pendapatan dari projek ini untuk MANFAAT kan kepada insan yang memerlukan, saya jadi BERSEMANGAT LUAR BIASA untuk kembali... . . Insya Allah, Saya dan suami dah BERSETUJU untuk salurkan sebarang pendapatan dari projek lagu " ADAM & HAWA " ini kepada Unit Salam di @muslimvolunteermalaysia Insya Allah moga ia memberi manfaat.. . . Sedikit TEASER lagu TERBARU saya ADAM & HAWA (Ini Bukan MV Sebenar hanya teaser suka suka ?) Official Music Video masih dalam EDITING.. . . Masih rasa GEMENTAR apakah penerimaan orang diluar sana terhadap lagu baru ini nanti..Dimana saya sendiri ingin kan KELAINAN dari segi penyampaian lagu biar ada MAKNA untuk membawa kita ke arah KEBAIKKAN dan moga ia tidak melalaikan kita Insya Allah... . . Kawan Kawan, doakan agar semuanya di PERMUDAHKAN oleh Allah.. . . ADAM & HAWA Official Music Video Will be on youtube "13 APR 2018" #Nantikan #AkanDatang #NeedYourSupport! @milanians_luvmila . . MAKE UP by @lyana_dee TEASER VIDEO by @zul_kiflitahir

A post shared by MILA JIRIN ? (@mila_jirin) on


Rata-rata peminat mengakui tidak sabar untuk menantikan single terbaharu daripada Mila kerana mereka telah lama menantikan kehadiran semula dia dalam industri hiburan.