Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerima kunjungan daripada bekas isteri Datuk Khalid Muhd Jiwa (Datuk K), Datin Seri Tengku Zawyah Tengku Izham yang ingin bertemu puterinya, Siti Aafiyah.

Siti berkongsi momen gembira itu menerusi satu foto di akaun Instagram miliknya semalam.

“Alhamdullillah. My pleasure DS Kak Tengku. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga. Amin ya rabb ???? #Repost @teezac with @get_repost,” tulisnya

Alhamdullillah.. My pleasure DS Kak Tengku .. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati & memberkati kita sekeluarga .. amin ya rabb ???? #Repost @teezac with @get_repost ・・・ Visited lil princess Siti Aafiah..thanks for the warm hospitality DSCT n DSKhalid..may ur lil princess fill your hearts with lots of happiness ❤️❤️❤️ @ctdk @arifjiwaasyraf @rokiahizham @eiliyaherina_official

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Melihat foto bahagia itu, peminat memuji dan kagum dengan sikap Datin Zawyah yang meluangkan masa semata-mata untuk melihat bayi comel itu.

“Respect to ibu @teezac dan ibu @ctdk, sabar dan ikhlas atas ketentuan Allah SWT, semoga selalu sehat, penuh berkah dan tambah sholeha serta semakin di cinta Allah,” tulis Zulyatmi.

“Alhamdulilah, ziarah menziarahi,” tulis Ibrahimnorawati pula.

Foto: Instagram @ctdk