Gembira Miss K tengok perkembangan bekas madu kepada aktres Izreen Azminda, Intan Liana Saleh.

Dengarnya, makin murah rezeki Intan sekarang ni! Selepas jadi model tudung Aliff by Sha keluaran usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Intan melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya.

Miss K terdengar khabar Intan akan jadi pelakon pula! Ha, boleh ke Intan berlakon? Bagi Miss K, kalau belum cuba belum tahu kan kebolehan masing-masing?

Apa salahnya mencuba nasib, tak rugi apa-apa pun. Lagipun, peluang ada di depan mata.

Dengarnya, Intan sedang menjalani penggambaran untuk filem pendek terbitan Aliff yang berjudul Akur. Katanya Jumaat ni keluar di Facebook dan saluran YouTube milik Aliff.

Wah, lepas Aliff sambar Intan untuk promosi tudung, sekarang dah ajak Intan berlakon pulak ke? Pantas Aliff buat kerja!

Apa yang penting, Aliff tak ambil kesempatan kepada Intan, cuma nak berkongsi rezeki. Dengarnya filem pendek ni merupakan salah satu kempen promosi untuk tudung Aliff juga.

Tak salah jika Intan menjejakkan kaki dalam bidang hiburan kan? Asalkan tahu batas dan menetapkan niat untuk mencari rezeki demi keperluan anak-anak.

Haish, Miss K pulak tak sabar nak tengok lakonan Intan. Kalau berbakat, mana tahu boleh jadi heroin baru slot Megadrama ke? Siapa sangka siapa menduga, kan?

Miss K: Terus doa yang terbaik buat Intan dan Izreen serta Ude. Dari kita kutuk-kutuk, baik kita doakan sahaja!

siapa nak tngok?? nantikan drama terbaru sy.. dgn intan korang rasa tv mana??

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Keje hariniii..... "AKUR"... Bawal @aliff_syukri .... ?

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on

"aku akur perjalanan ini amat sukar untuk aku mulakan"..... . AKUR

A post shared by doubleA? (@__iiiintan.saleh) on