Penyanyi yang popular dengan lagu Wassini, Waheeda, meluahkan rasa kesal dengan pemilihan lagu Jampi untuk konsert ketiga Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) minggu hadapan.

Waheeda menerusi kemas kini Instagram Story akaun peribadinya kurang bersetuju apabila lagu nyanyian Hael itu dipilih untuk didendangkan di pentas GGV2.

"I just found out Jampi is one of the songs for GGV2. I respect Hael and like his work but i'm done with GGV2. Ridiculous!

"Read the article and find out what it's all about... This is the problem bila bring art to commerce and bring deen to commerce.

"You have to adhere to rules of commerce," tulisnya.



Lagu Jampi menyelamatkan pasangan duo adik beradik Heliza dan Hazwani Helmi untuk melayakkan mereka ke minggu ketiga.

Malah, persembahan memukau Heliza dan Hazwani meletakkan mereka di tangga ketiga pada konsert kedua GGV minggu lalu.

GGV2 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil pada setiap Sabtu, pukul 9.00 malam serta boleh ditonton di Astro Oasis (saluran 106) dan Astro Maya HD (saluran 135).

Konsert minggu ketiga GGV2 bakal membawa tema Bukan Biasa Biasa dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.

Jika anda terlepas menonton konsert minggu GGV2, mahu melihat kembali video-video persembahan GGV2 atau ingin mendapatkan segala informasi mengenai GGV2, klik ---> GemaGegarVaganza.


Teks oleh: Amri Hassan