Pelakon Ezzaty Abdullah menyifatkan tuduhan netizen terhadap tindakannya bergambar bersama anaknya, Harum Dalia ketika cuaca panas terik sebagai fitnah.

Ezzaty menulis kenyataan tersebut seolah-olah memerli netizen yang gemar mencari kesalahan orang lain tanpa usul periksa.

Isteri kepada aktor Azwan Kombos itu menulis kapsyen tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya baru-baru ini.



“Me: Ada orang firnah kita lah sayang. Makcik, pakcik bawang. Diorang cakap ibu biar anak ibu kena panas.

“Harum: Hmmmm biarlah mereka buat apa mereka nak,”
tulisnya.

Kapsyen tersebut menarik perhatian pengikut IGnya sehingga ada yang mula memberikan komen provokasi.



Bagaimanapun, pemintanya meminta agar Ezzaty abaikan komen-komen tersebut.

“Budak tak boleh terperap dekat rumah sahaja, kena ambil cuaca luar juga. Abaikan mulut diorang,” -@ainulhidayahain

“Ntah makcik bawang ni sebok lah, anak dia tahu lah dia jaga. By the way sis, chill and keep being a pretty mom sis,” -@dilaismail_


Foto: Instagram @ezzatyabdullah / @azwankombos

Teks oleh: Mya Amri